LAMAN BAHASA

Isnin, 9 September 2013
Berjimat-cermat
Baca petikan di bawah dan bina soalan
Kehidupan seorang pelajar yang bijaksana ialah bijak dalam menguruskan kewangan. Terutamanya apabila memasuki pasaraya. Sebagai seorang mahasiswa yang tidak berpendapatan tetap lagi, seharusnya menggunakan kewangan dalam membelanjakan tentang barangan keperluan sahaja yang mengikut kemampuan individu. Hal ini demikian bukan sahaja dapat menerapkan tentang pengguna yang biajak malah dapat mengekangkan masalah boros dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh pengurusan kewangan yang baik ialah hanyalah membelanjakan wang untuk keperluan yang penting sahaja. Untuk mengelakkan daripada menjadi seorang mahasiswa yang boros, penyediaan tentang senarai barangan yang diperlukan adalah salah satu alternatif yang baik. Senarai barangan ini bukan sahaja dapat mengurangkan wang keluar, malah dapat mengatasi masalah berbelanja secara sewenang-wenangnya. Oleh itu, langkah penjimatan adalah langkah untuk mengajar mahasiswa untuk berjimat dan menjadi pengguna yang bijak.
.Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.
............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.
............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.
............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.
.Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.
Isi 2 : Persediaan Menghadapi Waktu Kecemasan
Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?.
“Malang tidak berbau”. Peribahasa ini sangat sinonim dengan fitrah kehidupan manusia. Tiada sesiapapun yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.Sejajar dengan itu, amalan berjimat-cermat boleh membantu masyarakat sebagai suatu persediaan apabila menghadapi waktu kecemasan seperti perbelanjaan merawat pembedahan, kemalangan dan penyakit kronik yang dialami oleh diri sendiri, ibu bapa atau kaum keluarga.
Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Sehubungan dengan itu, melalui amalan berjimat-cermat, kita tidak perlu “mengemis” di merata-rata tempat apabila memerlukan rawatan kesihatan. Langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan jika berlaku sesuatu kecemasan kerana manusia hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan.
Bagaimanakah amalan ini penting kepada seseorang?
Hal ini disebabkan kos rawatan yang tinggi dan biasanya tidak mampu dibiayai oleh pesakit terutamanya apabila melibatkan pembedahan dan penyakit kronik yang memerlukan perbelanjaan beratus-ratus ribu ringgit. Kos rawatan yang terlalu tinggi ini tentulah membebankan pesakit tersebut.
Contoh.
Apabila seseorang dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kronik seperti kanser, rawatan pembedahan melibatkan perbelanjaan berjumlah beratus-ratus ribu ringgit. Kegagalan pesakit menyediakan sejumlah wang yang besar ini boleh menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dan akan berakhir dengan kematian.
Rumusan isi.
Rumusannya, langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan menghadapi waktu kecemasan agar rawatan segera dapat menyelamatkan nyawa pesakit.
Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros.
- Marcapada ini, negara kita menghadapi krisis ekonomi dan kemelut kejatuhan nilai mata wang.
- Bagi mengatasi senario ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat dalam mengendalikan bahtera hidup agar tidak kecundang pada kemudian hari.
- Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakini satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barangan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga.
- Sikap boros dilarang oleh Allah.
- Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama, tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara.
- Oleh itu, alpukah-alpukah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya agar insiden yang tidak diingini tidak berulang iaitu pisang berbuah dua kali.
- Menurut Frank Tibolt, “seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan”.
Memudahkan pembiayaan keperluan semasa dan akan datang
-kini, kebanyakan harga barang dan perkhidmatan mahal
-dengan tabungan kita mampu membeli sesuatu
-membiayai pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada pihak kerajaan atau berhutang
-penggunaan kad kredit dapat dikurangkan
kesimpulan
-amalan ini amat mulia
-setiap individu perlu mengorak langkah membuat tabungan
-merealisasikan impian diri sendiri dan negara.
Umumnya kita mengetahui amalan berjimat cermat di kalangan masyarakat di negara kita masih lagi rendah dan perlu dipertingkatkan. Amalan berjimat cermat banyak kebaikannya. Jika amalan berjimat cermat tidak terus dipupuk, dikhuatiri sikap boros akan menjadi budaya hidup masyarakat di negara kita.
soalannya:
Bina lima soalan daripada petikan ini:
1._________________________________________________________
2._________________________________________________________
3.__________________________________________________________
4.__________________________________________________________
5.__________________________________________________________
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
baca petikan dan cari kesalahan ejaan, imbuhan, dan istilah
BalasPadam