BM
LAMAN BAHASA

Jumaat, 17 April 2015
Isnin, 9 September 2013
Berjimat-cermat
Baca petikan di bawah dan bina soalan
Kehidupan seorang pelajar yang bijaksana ialah bijak dalam menguruskan kewangan. Terutamanya apabila memasuki pasaraya. Sebagai seorang mahasiswa yang tidak berpendapatan tetap lagi, seharusnya menggunakan kewangan dalam membelanjakan tentang barangan keperluan sahaja yang mengikut kemampuan individu. Hal ini demikian bukan sahaja dapat menerapkan tentang pengguna yang biajak malah dapat mengekangkan masalah boros dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh pengurusan kewangan yang baik ialah hanyalah membelanjakan wang untuk keperluan yang penting sahaja. Untuk mengelakkan daripada menjadi seorang mahasiswa yang boros, penyediaan tentang senarai barangan yang diperlukan adalah salah satu alternatif yang baik. Senarai barangan ini bukan sahaja dapat mengurangkan wang keluar, malah dapat mengatasi masalah berbelanja secara sewenang-wenangnya. Oleh itu, langkah penjimatan adalah langkah untuk mengajar mahasiswa untuk berjimat dan menjadi pengguna yang bijak.
.Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.
............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.
............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.
............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.
.Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.
Isi 2 : Persediaan Menghadapi Waktu Kecemasan
Apakah kepentingan amalan berjimat-cermat?.
“Malang tidak berbau”. Peribahasa ini sangat sinonim dengan fitrah kehidupan manusia. Tiada sesiapapun yang mengetahui akan musibah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.Sejajar dengan itu, amalan berjimat-cermat boleh membantu masyarakat sebagai suatu persediaan apabila menghadapi waktu kecemasan seperti perbelanjaan merawat pembedahan, kemalangan dan penyakit kronik yang dialami oleh diri sendiri, ibu bapa atau kaum keluarga.
Mengapakah amalan berjimat-cermat perlu dilakukan?
Sehubungan dengan itu, melalui amalan berjimat-cermat, kita tidak perlu “mengemis” di merata-rata tempat apabila memerlukan rawatan kesihatan. Langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan jika berlaku sesuatu kecemasan kerana manusia hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan.
Bagaimanakah amalan ini penting kepada seseorang?
Hal ini disebabkan kos rawatan yang tinggi dan biasanya tidak mampu dibiayai oleh pesakit terutamanya apabila melibatkan pembedahan dan penyakit kronik yang memerlukan perbelanjaan beratus-ratus ribu ringgit. Kos rawatan yang terlalu tinggi ini tentulah membebankan pesakit tersebut.
Contoh.
Apabila seseorang dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kronik seperti kanser, rawatan pembedahan melibatkan perbelanjaan berjumlah beratus-ratus ribu ringgit. Kegagalan pesakit menyediakan sejumlah wang yang besar ini boleh menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan yang sewajarnya dan akan berakhir dengan kematian.
Rumusan isi.
Rumusannya, langkah berjimat-cermat ini sangat penting kepada masyarakat sebagai satu persediaan menghadapi waktu kecemasan agar rawatan segera dapat menyelamatkan nyawa pesakit.
Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros.
- Marcapada ini, negara kita menghadapi krisis ekonomi dan kemelut kejatuhan nilai mata wang.
- Bagi mengatasi senario ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat dalam mengendalikan bahtera hidup agar tidak kecundang pada kemudian hari.
- Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakini satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barangan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga.
- Sikap boros dilarang oleh Allah.
- Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama, tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara.
- Oleh itu, alpukah-alpukah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya agar insiden yang tidak diingini tidak berulang iaitu pisang berbuah dua kali.
- Menurut Frank Tibolt, “seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan”.
Memudahkan pembiayaan keperluan semasa dan akan datang
-kini, kebanyakan harga barang dan perkhidmatan mahal
-dengan tabungan kita mampu membeli sesuatu
-membiayai pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada pihak kerajaan atau berhutang
-penggunaan kad kredit dapat dikurangkan
kesimpulan
-amalan ini amat mulia
-setiap individu perlu mengorak langkah membuat tabungan
-merealisasikan impian diri sendiri dan negara.
Umumnya kita mengetahui amalan berjimat cermat di kalangan masyarakat di negara kita masih lagi rendah dan perlu dipertingkatkan. Amalan berjimat cermat banyak kebaikannya. Jika amalan berjimat cermat tidak terus dipupuk, dikhuatiri sikap boros akan menjadi budaya hidup masyarakat di negara kita.
soalannya:
Bina lima soalan daripada petikan ini:
1._________________________________________________________
2._________________________________________________________
3.__________________________________________________________
4.__________________________________________________________
5.__________________________________________________________
KUNYIT (Curcuma domestica)
Baca Petikan di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan berikut
Kunyit sebenarnya berasal dari kawasan Asia Tenggara, tetapi sekarang telahpun tersebar di seluruh Asia. Bagi masyarakat Melayu perkataan kunyit dikhaskan kepada kunyit biasa atau nama saintifiknya Curcuma domestica sedangkan jenis-jenis lain diberikan nama temu. Di Malaysia terdapat beberapa spesis kunyit yang liar yang kebanyakannya digunakan sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh (Curcuma mangga); temu emas (Curcuma zeodoria); temu putih (Curcuma auriantica); temu hitam (Curcuma aerugtinosa); dan temu lawas atau temu lawak (Curcuma xanthorthiza).
Kalau dilihat sepintas lalu adalah sukar untuk membezakan setiap spesis yang dinyatakan.. secara amnya bentuk dan struktur rumpun rumpun tumbuhan adalah sama. Bagaimanapun, jika diteliti secara terperinci nyatalah setiap spesis itu mempunyai perbezaan-perbezaan terutamanya dari segi daun, bunga, susunan rizom, warna rizom dan aromanya. Curcuma domestica mudah ditanam di negara ini dan sering ditemui dipinggir rumah atau ditanam di dalam pasu oleh masyarakat Melayu. Tumbuhan kunyit merupakan tumbuhan merumpun tahunan. Tingginya lebih kurang satu meter, daunnya lebar, licin dan bertangkai panjang. Bunga kunyit berwarna kuning muda keputihan. Rizomnya (umbi) berwarna kuning tua serta beraroma yang tersendiri.
Daripada analisis kimia rizom kunyit, sebatian-sebatian kimia yang dikenal pasti ialah curcumin yang memberikan warna kuning, tumereon, zingiberin, dan minyak pati yang terdiri daripada turmerol, fellandren, kamfer, curcumon dan lain-lain lagi. Kunyit banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati. Kunyit berserta dengan ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah. Sebatian kimia dari kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.. Kunyit juga didapati berkesan mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria.
Pendahuluan
‘Tumeric’ merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan bahan rempah yang memberikan warna kuning cerah khususnya masakan kari bagi orang Melayu dan India. ‘Tumeric’ juga
digunakan sebagai bahan pewarna dan juga sebagai ubatan dan perasa sejak 600 SM. Maklumat tersebut telahpun dicatatkan dalam sejarah herba Assyria sekitar 2500 tahun yang lalu.Tumbuhan ini dianggapkan sebagai salah satu herba yang sangat bernilai kepada manusia. Dalam sejarah perubatan rakyat India,‘tumeric’ dianggapkan sebagai bahan antibiotik semulajadi yang terbaik sementara pada masa yang sama ia juga digunakan untuk memudahkan proses penghadaman dan memperbaiki perjalanan usus. Tumbuhan ini berasal dari Asia Tenggara dan masa kini tumbuhan ini menjadi
tanaman perdagangan di China, India, Indochina dan Indonesia.
Ciri-Ciri Tumbuhan
‘Tumeric’ merupakan sejenis herba yang mempunyai jangkahayat yang panjang dan boleh
tumbuh sehingga mencapai 1m tinggi. Daunnya berjambak dengan susunan daun secara alternat,berwarna hijau muda. Daunnya licin, lanseolat dengan tepi daun yang licin. Rizomnya beraroma berwarna keperangan dan warna kekuningan di bahagian isi dalam. Pelepahnya berbentuk eliptik, lembut dan berwarna keputihan serta tumbuh secara tegak dan melengkung ke bawah.
Tabiat Tumbuhan
Di Malaysia, kunyit biasanya ditanam di belakang rumah. Kunyit membiak secara aseksual iaitu
melalui keratan rizom. Kunyit boleh hidup dengan subur di kawasan yang mempunyai sedikit
teduhan dan tumbuh dengan subur di kawasan terbuka dan mendapat cahaya matahari yang
banyak.
Bahagian Yang Digunakan : Rizom
Kunyit khasiat penawar pelbagai penyakit
Posted on May 20, 2012by mypenawar
Bahan aktif dalam kunyit iaitu curcumin adalah antioksiden yang sangat kuat kesannya pada kesihatan manusia. Walaupun kunyit telah digunaakn berkurun-kurun sebagai rempah dalam masakan dan juga sebagai bahan perubatan, sifat penawar penyakit daripada kuntyi ini telah menarik perhatian para penyelidik barat dan banyak hasil penyelidikan telah dikemuakan dalam jurnal serta persidangan perubatan. Sifat penawaralami kunyi yang anti-radangan , anti-bakteria dan anti-viral mempunyai khasiat menghalang dan merawat berbagai penyakit dari kanser ke penyakit Alzheimer.
Berikut disenarikan 20 sebab mengapa anda harus menambahkan kunyit di dalam diet harian anda:-
1) sifat antiseptik dan antibakteria berguna untuk mengawal infeksi kulit luka dan terbakar.
2) apabila digabungkan dengan bunga kobis (cauliflower) ia boleh mengawal kanser prostate dan memberhentikan tumbesaran sel kanser prostate
3) kajian pada tikus menunjukkan kawalan merebak kanser payudara ke peparu
4) boleh mengawal melanoma dan juga menyebabkan sel melanoma membunuh diri
5) mengurangkan risiko leukemia kanak-kanak
6) detox alami untuk hati
7) menghalang dan melambatkan berlakunya penyakit Alzheimar degnan menyahkan plaque amyloyd di dalam otak
8) mengawal berlakunya metastases dalam berbagai kanser
9) mujarab sebagai anti-radangan
10) kajian tikus menunjukkan mengawal pengembangan multiple sclerosis
11) painkiller alami dan inhibit cox-2
12) kawal metabolisma badan dan bantu mengawal berat badan
13) perubatan cina digunakan untuk rawatan depression
14) sifat anti-radangan sesuai untuk rawatan arthritis dan rheumatoid arthritis
15) meningkatkan kesan dadah chemo paclitaxel dan mengurangkan kesan sampingannya
16) kajian menggalakan mengenai kanser pankreas
17) kajian menggalakkan mengenai multiple myeloma
18) telah ada bukti kunyit boleh menghentikan penumbuhan saluran darah baru dalam tumor
19) mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu baiki semula kulit yang telah rosak
20) boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan keadaan radagan yang lain.
Kunyit boleh diambil secara serbuk dalam capsule atau bahan masak.
Kulit kayu manis dan kencing manis
Kulit kayu manis mempunyai kebolehan mengawal gula dalam darah. Telah didapati bahawa Pesakit diabetes dapat mengurangkan penggunaan injeksi insulin apabila makan kulit kayu manis. Kajian telah menunjukkan herba ini sangat berguna untuk pesakit diabetes Type 2. Tubuh Pesakit D T2 tidak boleh mengguna insulin tubuh dengan baik. Para penyelidik di US Department of Agriculture’s Human Nutrition Research Center di Beltsville, Maryland, telah mengkaji kesan beberapa bahan makanan termasuk kulit kayu manis tentang kaitan dengan gula darah. Mereka dapati bahawa sejenis kompaun larut air polyphenol benama MCHP, yang banyak terdapat dalam kulit kayu manis, bertindak bersama insulin tubuh sedia ada agar penyerapan gula ke sel-sel badan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Cara mengambilnya 1/2 sudu madu + 1 sudu serbuk kulit kayu manis digaul rata dan makan tiga kali sehari.
Kemalangan apabila musim perayaan menjelang
Apabila musim perayaan menjelang tiba, anggota masyarakat di Malaysia begitu ghairah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, terutamanya golongan perantau yang mencari rezeki di kota raya. Perasaan mereka bagai digamit rindu untuk pulang ke kampung dan bertemu dengan ahli keluarga yang sudah lama tidak ditemui. Namun demikian, selain perasaan yang begitu teruja itu, anggota masyarakat pasti akan mendengar berita tentang kemalangan maut yang sangat menyayat hati kita. Kemalangan maut yang sering berlaku pada musim perayaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Dengan kata lain, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan ini dan cadangan untuk mengatasinya.
Faktor pertama kemalangan jalan raya berlaku kebiasaannya disebabkan oleh kelalaian manusia sebelum memulakan perjalanan. Mereka sering alpa untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak menghantar kenderaan tersebut untuk diselenggara di pusat servis. Akibatnya, keadaan kenderaan mereka itu akan menjejaskan perjalanan mereka untuk pulang ke kampung. Keadaan kereta yang tidak diservis dan tayar yang “botak” ini akan mengakibatkan kereta itu mudah hilang kawalan terutamanya ketika hujan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan maut. Oleh itu, kesan daripada manusia yang alpa dan tidak mengambil berat keadaan kenderaan mereka itu menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.
Faktor kedua kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap manusia yang gagal merancang perjalanan dan bersikap terburu-buru semasa berada di jalan raya. Anggota masyarakat tidak merancang perjalanan mereka dengan teliti iaitu dengan menentukan waktu yang sesuai untuk bertolak ke kampung supaya mereka tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang merupakan suatu penyiksaan kepada pengguna jalan raya. Perkara ini seterusnya akan menyebabkan sesetengah pengguna jalan raya yang tidak sabar dan mengikut nafsu itu melakukan kesalahan seperti memotong kenderaan di garisan berkembar atau di bahagian bahu jalan. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini seterusnya akan menyebabkan kemalangan berlaku.
Faktor seterusnya yang menyebabkan kemalangan berlaku disebabkan oleh keadaan jalan raya yang kurang memuaskan hati penggunanya. Walaupun masyarakat sudah merancang perjalanan dan menyelenggara kenderaan mereka, kemalangan tetap juga berlaku. Hal ini berlaku demikian kerana keadaan jalan raya yang berlubang-lubang dan tidak rata akan menyebabkan tayar kereta tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya. Kesan seterusnya, apabila pengguna jalan raya melalui kawasan tersebut, kenderaan mereka mungkin akan terbabas dan sukar untuk dikawal. Kenderaan mereka mungkin akan berlanggar dengan kenderaan lain atau melanggar pembahagi jalan dan perkara ini akan menyebabkan kemalangan berlaku. Oleh itu, keadaan atau faktor jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik turut menyebabkan kemalangan maut berlaku.
Kemalangan maut ini dapat diatasi dengan pelbagai kaedah, antaranya melalui kempen-kempen di media massa dan papan iklan di tepi jalan atau lebuh raya. Radio dan televisyen boleh memaparkan iklan kepada audien supaya mereka tidak lupa akan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh mereka sebelum memulakan perjalanan. Sebagai contohnya, mereka boleh memaparkan iklan tentang pemandu yang letih dan mengantuk ketika memandu kenderaan dan mereka perlu berhenti di kawasan rehat. Kempen dan iklan seperti itu dirasakan berkesan kerana para pengguna jalan raya dapat melihat iklan tersebut dengan mudah. Jelaslah di sini bahawa melalui kempen, perkara itu akan mengingatkan mereka tentang bahaya kemalangan jalan raya.
Langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan iaitu melalui Jabatan Kerja Raya adalah dengan memastikan jalan-jalan raya di Malaysia berada dalam keadaan yang baik. Perkara ini perlu dilakukan bagi memudahkan pengguna menggunakannya tanpa perasaan bimbang atau takut. Semua jalan raya yang berlubang perlu diturap dengan sempurna supaya dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Selain itu, permukaan jalan yang tidak rata haruslah diratakan supaya pengguna berasa selesa ketika memandu kenderaan serta melancarkan perjalanan anggota masyarakat yang hendak pulang ke kampung halaman mereka. Jadi, keadaan jalan raya yang baik dapat mengurangkan kemalangan maut yang berlaku di negara kita.
Konklusinya, pengguna jalan raya haruslah lebih berwaspada dan berhati-hati ketika hendak memulakan perjalanan dan pandulah kenderaan dengan cermat kerana pandu cermat jiwa selamat. Sekiranya masyarakat tidak mematuhi etika pemanduan yang betul maka kemalangan maut ini boleh berlaku tanpa mengira masa. Mereka perlu ingat akan orang yang tersayang yang sedang menanti kepulangan mereka di rumah atau di kampung. Oleh itu, semua anggota masyarakat dan kerajaan haruslah berganding bahu untuk memastikan kadar peningkatan kemalangan maut dapat diatasi dengan memainkan peranan masing-masing secara berkesan. Dengan cara itu kita berharap agar masyarakat di Malaysia dapat hidup sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah yang berpunca daripada kemalangan jalan raya.
konda kondi
Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.
Permainan Pertama
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.
Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.
Permainan Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.
Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.
Permainan Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini
Langgan:
Catatan (Atom)